Thursday, January 30, 2014

Penubuhan Koperasi Masjid

    Penubuhan Koperasi Masjid. Kepada anak Qaryah yang berminat untuk menjadi ahli Koperasi Masjid, sila serah salinan kad pengenalan kepada Sdr Rahmad atau Cikgu Radzi untuk kita hantar permohonan kepada SKM. Minimum 50 orang untuk syarat pendaftaran. Semua anak Qaryah digalakan menjadi ahli Koperasi Masjid. Untuk faedah bersama dunia dan akhirat.

Admin

Wednesday, January 29, 2014

Malam Semarak Cinta Rasul - 3







    Pihak Admin ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada yang hadir. Marilah sama2 kita mengimarahkan masjid kita.

Admin

Malam Semarak Cinta Rasul - 2








Malam Semarak Cinta Rasul -1

   Alhamdulilah.... Malam Semarak Cinta Rasul dan kenduri Qaryah telah berjaya diadakan pada 23 Jan 2014. Khamis malam Jumaat. Pihak Admin ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada yang membantu menjayakan Majlis ini.







Thursday, January 16, 2014

Malam Semarak Cinta Rasul

   Malam Semarak Cinta Rasul akan diadakan pada 23 Jan 2014. Khamis selepas solat Isyak. Yang akam menampilkan Ustaz Manis. Skh Habib Penang dan Ustaz Hanif. Pihak Qaryah juga akan mengadakan jamuan selepas solat Maghrib. Dijemput semua anak untuk menjayakan program ini.

Thursday, January 9, 2014

Ceramah Bulanan - Januari'14


Lawatan AJK Darul Hadis






 Lawatan AJK Darul Hadis Cawangan Pulau Pinang Ke Tapak Cadangan Darul Hadis Di tanah Wakaf. Marilah kita sama sama berusaha dan berdoa supaya terbina sebuah Mahhad Tahfis di Qaryah kita.

Admin

Larangan merokok

     Pada 30 Dec 2013. Jam 930 malam. Seluruh Kawasan Masjid Bagan Air Itam telah di isytihar sebagai kawasan LARANGAN MEROKOK. Ini adalah satu langkah yang amat baik sekali. Jadi pihak Admin berharap, semua penduduk Qaryah dapat memberi sokongan pada arahan ini.

Admin

Klinik Solat-2








  Klinik Solat ini telah berjaya diadakan, jadi pihak Qaryah telah bercadang untuk membuat program ini kali kedua. Pihak Qaryah akan bekerjasama dgn Politeknik Balik Pulau untuk mengadakan Program Klinik Solat Ke2. Semua anak qaryah digalakkan untuk menyertainya. Tarikh dan pendaftaran akan diumum kemudian.

Admin

Klinik Solat - 1

   Alhamdulillah....Klinik Solat telah berjaya diadakan pada 29 Dec 2013. Seramai 140 orang anak qaryah telah mengikuti program ini. Pihak Admin ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada dermawan dan AJK qaryah yang telah menjayakan program ini.









Majlis Sumbangan Zakat

    Alhamdulilah... Satu majlis sumbangan wang zakat telah diadakan diperkarangan masjid pada 22 Dec 2013 Jam 2 ptg. Sebanyak 40 orang anak qaryah yang kurang berkemampuan telah dipilih untuk menerima sumbangan ini. Pihak Qaryah ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada penyumbang ini. Semoga Allah memberkatinya. Amin