Wednesday, June 25, 2014

Surat Hebahan...


http://farm5.static.flickr.com/4113/5092337385_d952b7421b_z.jpg 


قاريه مسجد باڬن اير اتم
JALAN BHARU, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
Masjidjalnbharubp.blogspot.com Tel : 012-4786205 - SU / 0124929065 - PEG


                                                                                                                               

Assalamua’laikum..wrt..th.

Tuan/Puan,
                   Pihak Qaryah ingin mengucapkan kepada semua anak Qaryah Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AL Mubarak semoga Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita semua. Dibawah ini pihak Qaryah telah mengatur program program yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Diharapkan semua program yang telah diatur mendapat sambutan dari anak Qaryah semua.

1)      Solat Sunat Tarawih akan diimani oleh Imam Hafis Al Quran.
2)      Imam Jemputan khas untuk solat Tarawih pada 6 & 13 Ramadhan.
3)      Tadarus Al Quran: Akan diadakan selepas Solat Sunat Tarawih, yang akan diketuai oleh Tuan Haji Salim Darus.
4)      Tazkirah Subuh: Setiap Pagi Ahad selepas Solat Subuh yang akan disampaikan oleh Ustaz Lokman Al Hakim.
5)      Tazkirah Nuzul Al Quran: Pada 14 Julai 2014 (Isnin) selepas solat Sunat Tarawih yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Majdi.
6)      Kenduri Kanji: Akan diadakan setiap Selesa, Khamis dan Ahad. Ia akan diedarkan selepas solat Asar.
7)      Majlis Berbuka Puasa: Ia akan diadakan pada setiap hari Jumaat &Sabtu diperkarangan Masjid.

                   Segala bentuk sumbangan oleh anak Qaryah, sangat-sangat dialukan untuk menjayakan program yang telah diatur sepanjang Bulan Ramadhan oleh pihak Qaryah. Segala sumbangan boleh diserah kepada Tuan Haji Yusof Hj Yunus, Sdr Rahmat Hassin atau AJK kawasan.
                   Akhir sekali marilah sama-sama kita mengimarahkan Masjid kita sepanjang Bulan Ramadhan Al Mubarak. Sekian Terima Kasih.

Ramadhan

Ucapan dari AJK Masjid kepada semua anak Qaryah Masjid Bagan Ayer Itam Jalan Bharu " Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak"

Monday, June 16, 2014

Program CSR Politeknik Balik Pulau

















Pihak Qaryah mengucapan ribuan terimakasih kepada Politeknik Balik Pulau kerana sudi menbuat program CSR di Qaryah Masjid Bagan Air Itam. Alhamduliah program ini berjalan dengan lancar sekali. Seramai 20 orang dan 3 orang anak yatim telah dipilih untuk menerima sumbang dari program ini. Sekali lagi pihak Qaryah ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua staf Politeknik Balik Pulau.

Gotong Royong Perdana: Gambar 3











Gotong Royong Perdana: gambar 2











Gotong Royong Perdana: Gambar 1










 Alhamdulilah...gotong royong perdana telah berjaya diadakan pada 15 Jun 2014. Sambutan dari anak Qaryah kali ini amat baik sekali. Terimaksih pada semua anak Qaryah Masjid Bagan Air Itam Jalan Bharu.

Majlis Khatam Al Quran : Gambar 3