Sunday, January 15, 2012

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Assalamua'laikum...wrt...th

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kita masih bernyawa sehingga ke saat ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para pejuang Islam seluruhnya.

Sukacita di sini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Qaryah Masjid ini yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 31.12.2011 yang lalu; Haji Sulaiman Hassan, Haji Omar Hj Yunus, Hj Ariffin Abd Rahim, Haji Ibrahim Hassan dan En Idris Abdul Latif. Semoga segala jasa baik dan sumbangan bakti yang telah dicurahkan oleh tuan-tuan dikira sebagai satu amalan baik di sisi Allah SWT. Namun begitu, pihak qaryah sangat mengalu-alukan kerjasama dan sumbangan ide dan fikiran serta tenaga bagi kita bersama-sama berganding bahu dalam membangunkan qaryah ini. Sessungguhnya segala jasa tuan-tuan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta benda dan hanya sanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalasnya.

Justeru itu, saya bagi pihak qaryah sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan jasa bakti tuan-tuan dan berdoa agar tuan-tuan dirahmati Allah hendaknya. Selamat maju jaya.



DR HAJI MOHD ZAHARI ISMAIL
Pengerusi Qaryah

No comments:

Post a Comment