Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, salihin dan pewaris nabi sekaliannya.
Sesungguhnya terdapat dua peristiwa besar pada tanggal 17 ramadhan iaitu Nuzul Qur'an dan peristiwa Badr al Kubra. Nuzul Qur'an merujuk kepada turunnya ayat qur'an yang sepatutnya menjadi pegangan dan pedoma umat Islam seluruhnya. Di situlah difardukan sembahyang, puasa, zakat, haji amal makruf nahi mungkar, undang-undang dan syariat islam dan sebagainya. Sabda Nabi barang barang siapa yang berpegang kepada al qur'an dan sunnahnya mereka tidak akan sesat selama-lamanya. Badar Kubra merupakan perang penentuan jatuh bangunnya Islam di muka bumi ini di mana tentera Islam hanya 313 orang berbanding tentera musyrikin Mekah 1,000 orang yang lengkap bersenjata. Nabi berdoa kehadrat Allah memohon agar diberikan kemenangan kepada ummat Islam, kalau tidak nescaya Islam akan hancur di bumi ini. Dengan semangat, azam dan keimanan yang tinggi Islam telah menang dalam peperangan ini. Begitulah hebatnya Islam di zaman nabi, tabi'in dan pewarisnya. (Petikan Ceramah Nuzul Qur'an oleh Ustaz Fazlul di Masjid Bagan Air Itam, Jalan Bharu, 17 Ramadhan yang lalu)
Bagaimana dengan kita? Apakah ramadhan tahun ini berjaya meningkatkan iman kita? Jika kita sedar yang kita ialah hamba Allah, maka adalah berkewajipan untuk kita menunaikan segala amalan yang difardukan ke atas kita termasuklah berpuasa. Atau paling tidaknya menghormati orang yang berpuasa atau pun menghormati bulan puasa yang penuh barakah ini. Bukannya kita seperti di bulan-bulan lain, bermaharajalela melakukan apa yang kita suka; makan minum bebas di khalayak ramai, mengumpat, mencaci dan memaki hamun dan sebaginya. Jika kita pemimpin, apa yang kita lakukan di bulan ini? Jika terdapat kemungkaran di bulan ini apa yang kita lakukan. Sesungguhnya selemah-lemah iman ialah mereka yang benci akan kemungkaran di dalam hatinya. Afdhalnya mencegah dengan tangan itulah sebesar ganjaran oleh Allah SWT. Ingatlah setiap pemimpin akan ditanya akan apa yang diamanahkan ke atasnya.
Akhirnya marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk kembali ke pangkal jalan, kemaali ke jalan Allah. Berpegang teguh dengan tali Allah, nescaya kita akan selamat dunia dan akhirat. Teruskan merebut syafaat ramadhan terutamanya di 10 malam yang terakhir, mudah-mudahan malam Lailatul Qadar tahun ini memilih kita sebagai salah seorang penghuninya. Malam yang tidak ternilai pahalanya iaitu beribadat di malam ini adalah sama ganjaranya dengan 1,000 bulan. Selamat berpuasa. Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment