Monday, June 17, 2013

Sambutan Ulang Tahun Perasmian Masjid 2013 (SUTPM)

      Alhamdulillah. Sambutan Ulang Tahun Perasmian Masjid bagi tahun 2013 telah berjalan dengan lancar sekali. Pihak Qaryah ingin mengucapkan kepada semua Anak Qaryah, ribuan terima kasih kerana telah membantu untuk menjayakan majlis selama 2 hari ini dari segi sumbangan dan tenaga.
      Hampir 70% penduduk telah keluar untuk menjayakan sambutan ini. Ini adalah salah satu program JPM ( Jom Pi Masjid). Diharapkan selepas ini program-program JPM yang akan menyusul, dapat sambutan yang lebih baik dari anak Qaryah.
      Semua gambar aktiviti SUTPM akan menyusul kemudian. Pihak Admin akan berusaha untuk muat turun secepat yang mungkin.
      Kepada semua Anak Qaryah marilah sama sama kita mengimarahkan Masjid kita.

Admin

No comments:

Post a Comment